the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APM Kedah siap siaga hadapi luruan monsun

ALOR SETAR: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah bersiap sedia dari segi logistik dan anggota bagi menghadapi banjir gelombang kedua berikutan luruan monsun yang dijangka berlaku dari 8 hingga 14 Dis ini.

Timbalan Pengarah APM Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain (gambar) berkata 903 anggota berserta 86 aset termasuk 56 bot aluminium, 20 bot fiber, lapan bot rigid inflatable (RIB) dan dua bot sealegs amphibious sedia diatur gerak pada bila-bila masa.

Beliau berkata selain APM, 1,032 anggota pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedia membantu mangsa banjir dengan 768 kenderaan darat dan 166 logistik air.

“Orang ramai perlu peka dengan paras air sungai berhampiran dan berpindah segera jika diarahkan. Paling penting awasi anak-anak, jangan benarkan mereka bermain banjir bagi mengelakkan penyakit, haiwan berbisa dan renjatan elektrik,” katanya kepada pemberita selepas memantau situasi di Sungai Kedah di sini hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata sehingga kini terdapat 114 kawasan berisiko banjir dikenal pasti di Lembangan Sungai Kedah dan Lembangan Sungai Muda yang akan diberi tumpuan oleh pihak berkuasa.

“Antaranya Sungai Bata dan Sungai Temin di Kubang Pasu; Sungai Kedah dan Sungai Baru (Pokok Sena); Sungai Pedu dan Sungai Nawa (Padang Terap); Sungai Pedu dan Sungai Padang Terap (Pendang); Sungai Pendang dan Sungai Padang Kerbau (Sik); serta Sungai Ketil, Sungai Kupang, Sungai Ulu Legong dan Sungai Ketil Ulu (Baling),” katanya.

Beliau berkata APM Kedah menerusi unit medianya turut meneliti setiap maklumat yang diterima menerusi media sosial agar tepat dan tidak menjejaskan perancangan agensi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar says leadership must be earned through results

Anwar said Aminuddin has earned the coalition’s continued backing because of his performance in leading the state administration, his commitment to the people and ability to attract investments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings