the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tendang kanak-kanak lelaki: Ibu dan dua rakan dipenjara 14 hari, denda RM10,000

KUALA LUMPUR: Seorang ibu dan dua rakan wanitanya dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menendang seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun enam bulan, Februari lepas.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu masing-masing terhadap seorang pekerja restoran makanan segera berusia 20 tahun yang juga ibu mangsa, suri rumah Adibah Mohd Zaini, 35, dan penganggur Nor Azlin Fatin Najihah Lokman, 25, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan memerintahkan mereka dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Norina turut memerintahkan ketiga-tiga wanita itu dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun tanpa cagaran selain diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan sebaik sahaja selesai menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun enam bulan ketika kejadian yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal ke atas mangsa di sebuah pangsapuri di Taman Danau Desa, Brickfields di sini pada 1.40 tengah hari, pada 23 Feb lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes pada 4 Nov lepas, pengadu yang juga ibu mangsa membuat laporan polis berkenaan rakaman video menunjukkan anaknya ditendang oleh Adibah beberapa kali di hadapan pengadu dan seorang lagi rakan mereka iaitu Nor Azlin di rumah Adibah pada 23 Feb lepas.

Pada 6 Nov lepas, mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan pemeriksaan awal perubatan menunjukkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian kening, perut, belakang badan, tangan dan kaki mangsa.

Hasil siasatan pegawai penyiasat mendapati ketiga-tiga tertuduh bersama-sama menyebabkan penganiayaan kepada mangsa dengan menendang mangsa dan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Joshua Tee Yee Khuan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara atas alasan perbuatan dilakukan tertuduh tidak berperikemanusiaan manakala ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda kerana mereka perlu menjaga keluarga.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings