the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.

Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat berkata pihaknya akan menyerahkan sijil cuti sakit saksi pendakwaan ke-23 iaitu bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 65, kepada mahkamah pada prosiding akan datang.

“Untuk makluman sepatutnya hari ini sambung pemeriksaan balas saksi berkenaan, namun pagi ini kami dimaklumkan bahawa saksi itu demam dan sijil cuti sakit akan diserahkan kepada mahkamah pada prosiding akan datang.

“Kami sedia maklum tarikh perbicaraan pada 25 dan 26 Nov ini telah dilapangkan, oleh itu kami mohon tarikh perbicaraan yang baharu,” katanya.

Menurut Mahadi, tarikh sambung perbicaraan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak ialah pada 27 dan 28 Feb; 14, 15 dan 25 April; 14, 16, 27 dan 28 Mei; 24 dan 25 Jun; 10, 11, 22, dan 23 Julai; 19, 20, 27 dan 29 Ogos; 23 dan 24 Sept; 14 dan 15; 29 dan 30 Okt serta 12 dan 13 Nov, pada 2025.

Peguam RSN Rayer yang mewakili Lim mengesahkan perkara itu dan bersetuju dengan tarikh perbicaraan tersebut.

Hakim Azura Alwi membenarkan perbicaraan kes hari ini ditangguhkan dan, tarikh 25 dan 26 Nov dilapangkan.

“Perbicaraan kes bersambung pada tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” katanya.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 63, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad, sebagai upah untuk membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik bagi projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings