the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel di Lubnan – Fahmi

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel di Lubnan termasuk serangan terhadap konvoi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang turut mencederakan anggota pengaman Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

“Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Zionis Israel dan ini tidak boleh diterima.

“Kerajaan juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan (oleh Israel) terhadap Lubnan dan UNIFIL,“ katanya pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi di sini.

Beliau berkata sebarang tindakan yang perlu diambil susulan serangan itu akan diputuskan oleh Kementerian Pertahanan.

Semalam, enam anggota pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) mengalami kecederaan susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida di Lubnan ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah pada 1.54 tengah hari waktu Lubnan, atau 7.54 malam waktu Malaysia.

Pasukan itu, yang terdiri daripada 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat, baru sahaja tiba di Lubnan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu apabila serangan berlaku.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings