the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan – JPJ

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata setakat hari ketujuh operasi dijalankan, tiada lesen memandu dan cukai jalan menjadi kesalahan paling banyak dikesan.

Beliau berkata sebanyak 59,116 motosikal diperiksa setakat ini dan daripada jumlah itu sejumlah 8,988 telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dengan 282 motosikal disita.

“Sebanyak 23,895 saman telah dikeluarkan bagi kesalahan tiada lesen memandu dan cukai jalan sahaja. Bila kita tahan, pelbagai alasan diberikan seperti tidak sempat untuk memperbaharui cukai jalan, tidak sempat mengambil lesen dan sebagainya.

“Saya nasihatkan semua pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans. Sekiranya berlaku apa-apa, ia akan mendatangkan kesusahan bukan sahaja kepada penunggang tetapi juga pengguna jalan raya yang lain,“ katanya.

Aedy Fadly berkata pihaknya akan bertindak menyita mana-mana motosikal sekiranya didapati tiada insurans, cukai jalan serta membuat modifikasi dan pengubahsuaian yang ekstrem.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Program MyLesen 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dewan Pusat Komuniti Setiawangsa di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 1,824 menerima manfaat MyLesen B40 terdiri Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (1,790), Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) E-Hailing (14) dan PSV Bas (20).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings