the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hantar Whatsapp berbaur lucah, pegawai bank didakwa di mahkamah

IPOH: Seorang pegawai bank didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar Whatsapp berbaur lucah, tiga tahun lepas.

Rosman Jamaluddin, 52, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

Bagi kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa menghantar Whatsapp berbaur lucah kepada seorang wanita berusia 38 tahun dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan dan mengganggu kesantunannya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Ipoh Garden East di sini pada 10.52 malam, 20 Mei 2021 dan 12.08 tengah malam pada 18 Ogos 2021.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria menawarkan jaminan RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa manakala peguam Khairil Azwar Khalil merayu jaminan dikurangkan kerana anak guamnya mempunyai penyakit darah tinggi dan slip disc selain menanggung isteri dan empat cahaya mata yang masih belajar serta seorang ibu.

Mahkamah menetapkan jaminan RM2,500 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan 25 Nov ditetapkan untuk sebutan semula kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings