the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agensi penguat kuasa tumpas 47 sindiket bawa masuk pekerja asing secara haram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui kerjasama agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan 47 sindiket membawa masuk pekerja asing secara haram ke Malaysia, setakat Oktober tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia melibatkan penangkapan 1,285 ahli sindiket dan pendatang tanpa izin.

Beliau berkata JIM turut mengetatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk, bagi memastikan yang layak sahaja dapat masuk ke Malaysia.

“Bagi yang tidak layak, kita mengenakan notis Not To Land (NTL) atau notis penolakan masuk dan sehingga September, 25,214 warga asing dikenakan notis NTL,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai langkah tegas kerajaan dalam menangani sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi mengatur kaunter yang turut didalangi penguat kuasa agensi yang bertugas di pintu masuk udara negara.

Saifuddin Nasution berkata antara langkah yang dilaksanakan JIM bagi membanteras sindiket terbabit ialah memperkasakan pemantauan seliaan ke atas pegawai yang bertugas di kaunter, membuat pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di bilik kawalan serta lawatan mengejut ke kaunter imigresen.

Selain itu pegawai yang bertugas di kaunter tidak dibenarkan membawa alat telekomunikasi dan pemeriksaan badan dilakukan sebelum dan selepas bertugas.

Beliau berkata JIM juga mewujudkan pasukan khas yang membuat rondaan sebelum pengembara ke kaunter imigresen.

“Jika pasukan ini mengesan mereka berlama-lama, lima jam, enam jam, tujuh jam, lapan jam masih tak pergi kaunter, bermaksud mereka sedang tunggu isyarat daripada sindiket nak maklumkan kaunter mana mereka patut pergi,” katanya.

Menerusi hasil rondaan, beliau berkata 6,694 pengembara disekat memasuki Malaysia setakat September lepas, antaranya disebabkan tiada alamat tempat tinggal di Malaysia dan tidak cukup wang.

Pada masa ini Saifuddin Nasution berkata JIM di peringkat akhir memuktamadkan proses perolehan sistem saringan awal penumpang yang melakukan perjalanan ke negara ini, serta menaik taraf CCTV yang dilengkapi audio dan visual di kaunter pemeriksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings