the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RUU keselamatan dalam talian langkah tutup “kelompangan” undang-undang – Fahmi

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini menegaskan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian ialah langkah bagi menutup “kelompangan” undang-undang atau lacuna in the law kerana tiada takrifan tepat bagi jenayah buli termasuk buli siber di dalam negara.

Lacuna in the law merujuk kepada ketiadaan undang-undang khusus atau jelas terpakai bagi situasi tertentu.

“RUU ini akan dibawa ke Parlimen untuk pastikan bahawa dari segi secara keseluruhannya, Internet kita adalah selamat untuk kanak kanak dan keluarga.

“ … kita (akan) ambil tindakan tegas terhadap mereka yang merupakan buli siber (pembuli) kerana pada waktu ini, dapatan daripada kajian di pihak kerajaan menunjukkan tiada takrif tepat bagi jenayah buli termasuk buli siber,” katanya pada sidang media pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata RUU berkenaan akan dibawa ke sidang Parlimen kali ini dan dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada awal Disember.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata langkah membawa RUU berkenaan ke Parlimen dalam masa terdekat adalah untuk melihat isu keselamatan dalam talian secara lebih menyeluruh dapat ditangani, khususnya melibatkan empat aktiviti jenayah utama, seperti scam atau penipuan, judi dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Beliau berkata Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini juga telah meluluskan secara dasar pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah melibatkan buli siber dan RUU berkaitan akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat kali ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings