the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam Perlis rampas tiga kereta termasuk kereta mewah bernilai lebih RM1.1 juta

KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menyita tiga kereta termasuk sebuah kereta mewah bernombor pendaftaran Pulau Bebas Cukai iaitu Langkawi bernilai lebih RM1.1 juta kerana dipercayai berada di Kawasan Utama Kastam (KUK) melebihi tempoh 90 hari tanpa kebenaran.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata tiga kereta berkenaan disita dalam pemeriksaan berasingan termasuk Mazda 2.0 Sedan SKYACTIV dianggarkan bernilai RM50,000 dan cukai RM78,500 pada 1 tengah hari, 26 Sept lepas.

“Pada hari sama, sebuah lagi kereta jenis Toyota Camry disita pihak Kastam dianggarkan bernilai RM55,000 dan cukai RM86,570 dalam pemeriksaan lebih kurang 3.30 petang. Pemeriksaan terhadap dua kereta ini dilakukan di Pejabat Kastam Cawangan Penguatkuasaan Kuala Perlis,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ismail berkata pihaknya menyita sebuah lagi kereta yang merupakan kereta mewah jenis Porsche 982 Cayman GT4 RS dianggarkan bernilai RM1 juta dan cukai RM1.9 juta dalam pemeriksaan ke atas kereta itu di Kompleks Kastam Negeri di sini pada 6.20 petang, 1 Okt lepas.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua kereta itu disyaki berada di KUK melebihi tempoh yang dibenarkan di bawah Butiran 14, Bahagian I, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Ismail berkata Kastam Perlis berjaya merampas rokok pelbagai jenis dan minuman keras dipercayai tidak berkastam bernilai keseluruhan lebih RM18,000 dalam dua pemeriksaan berasingan di sekitar Perak bulan lepas.

“Pemeriksaan ke atas sebuah premis kedai runcit di Jalan Besar Felda Gunung Besout 1, Sungkai pada 9 Sept, lebih kurang 11.15 pagi, telah menemukan 263 karton atau 46,745 batang rokok disyaki tidak berkastam bernilai RM10,527.85 dan cukai RM31,909.49,” katanya.

Mengenai rampasan minuman keras dipercayai tidak berkastam pula katanya sebanyak 752.40 liter atau 2,280 tin dengan anggaran nilai RM7,600 dan cukai RM12,140 dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah stor tidak berkunci di Jalan Perusahaan 7, Kawasan Perindustrian Kemunting pada 3 petang, 12 Sept lepas.

“Kedua-dua kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings