the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal semakin tinggi – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Jumlah kutipan fi persijilan halal menunjukkan peningkatan setiap tahun, sekali gus menggambarkan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal sebagai nilai tambah perniagaan dalam kalangan usahawan dan pihak industri semakin tinggi, Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jumlah keseluruhan kutipan fi persijilan halal yang diterima Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) ataupun Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh negara dari tahun 2012 sehingga 2023 adalah sebanyak RM80,032,254.43.

Katanya pada tahun 2012, jumlah kutipan fi pensijilan halal ialah RM3,641,120, 2013 (RM2,916,468.03), 2014 (RM4,210,323), 2015 (RM4,521,300), 2016 (RM6,361,300), 2017 (RM7,429,602), 2018 (RM7,997,901.40), 2019 (RM9,295,300), 2020 (RM8,872,800), 2021 (RM10,115,500), 2022 (RM10,783,600) dan 2023 (RM12,153,640).

Mohd Na’im berkata jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada 2012 hingga 2023 ialah sebanyak 85,893 syarikat.

Katanya pada 2012, jumlah pemegang SPHM ialah 4,000 syarikat, 2013 (3,597), 2014 (5,276),2015 (5,441), 2016 (5,914), 2017 (7,073), 2018 (7,579), 2019 (9,016), 2020 (8,302), 2021 (8,879), 2022 (9,655) dan 2023 (11,161).

“Peningkatan ini juga menunjukkan bahawa pensijilan halal Malaysia dapat diterima baik oleh pihak industri dan pengguna di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) pada sesi soal jawab hari ini.

Pang meminta Perdana Menteri menyatakan dengan terperinci jumlah keseluruhan yang dikutip oleh JAKIM untuk pengeluaran sijil halal bagi setiap tahun dari tahun 2012 hingga 2023 dan jumlah sijil halal yang dikeluarkan untuk tempoh yang sama.

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan jumlah permohonan pensijilan halal Malaysia daripada kalangan pemain industri termasuk usahawan industri kecil dan mikro.

“Dalam hal ini, kerajaan melalui JAKIM dan MAIN atau JAIN mengadakan kolaborasi serta kerjasama dengan agensi pembimbing dengan matlamat mempersiapkan industri agar dapat bersedia dan memenuhi segala keperluan bagi permohonan pensijilan halal,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings