the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri antara tiga ditahan, disyaki transporter sindiket dadah

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga individu, termasuk sepasang suami isteri disyaki terlibat sebagai transporter dadah dan merampas 20 bungkusan berisi syabu bernilai lebih RM700,000 dalam operasi khas di sekitar Seri Alam, di sini pada 18 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata dua lelaki tempatan dan wanita warga asing itu ditahan Pasukan Tindakan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dalam serbuan yang bermula 9.30 malam hingga 2 pagi.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai mengambil bekalan dadah daripada sindiket di ibu negara dan kemudian ditinggalkan dalam kereta bersama kunci di lokasi tertentu dan akan berhubung dengan individu lain untuk mengambil dadah berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam hari ini.

Beliau berkata sindiket yang aktif sejak Julai lepas itu didapati menggunakan kereta sebagai tempat penyimpanan dadah dengan setiap bungkusan dijual sekitar RM30,000 untuk pasaran tempatan.

Mohd Sohaimi berkata lelaki berusia 58 tahun dan isterinya, 45, itu dipercayai dalang yang menggerakkan kegiatan transporter sindiket manakala seorang lagi individu berusia 40 tahun bertindak sebagai pemandu.

Mengulas lanjut, beliau berkata ketiga-tiga individu itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, namun negatif daripada sebarang jenis dadah hasil saringan ujian urin yang dilakukan dan siasatan turut dijalankan bagi mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam sindiket berkenaan.

Beliau berkata polis turut merampas kereta Honda Accord dalam serbuan berkenaan dan semua individu direman selama 13 hari bermula 19 Okt untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seri Alam telah menahan seramai 1,770 individu atas pelbagai kesalahan dadah dengan rampasan bernilai RM5.26 juta dan RM3.91 juta sitaan harta sindiket sejak Januari hingga 27 Okt lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings