the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar tiba di Istana Negeri untuk pengurniaan kehormatan negeri Kelantan

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negeri Kubang Kerian di sini, hari ini bagi menghadiri majlis Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan.

Perdana Menteri dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan darjah berkenaan dibuat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang ke-55 Sultan Muhammad V pada 29 Sept lepas.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi catatan di laman Facebook merafak sembah dan menjunjung kasih terhadap Sultan Muhammad V atas pengurniaan Darjah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK).

Menerusi perkongsian beberapa keping gambar, turut berangkat ke majlis itu ialah Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Hadir sama isteri Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Alhamdulillah. Semoga Allah melindungi Tuanku dunia dan akhirat. Dirgahayu Tuanku!” menurut catatan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings