the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guna teknologi bantu tingkat pendapatan, produktiviti petani sehingga 20 %

KUALA LUMPUR: Penerokaan dan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian menunjukkan perkembangan positif termasuk membantu meningkatkan pendapatan petani selain mengurangkan kos operasi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau memberi contoh prestasi program kolaborasi kementerian dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi Digital Agriculture Technology (Digital AgTech), yang telah meningkatkan pendapatan pengusaha tani sehingga 20 peratus melalui penggunaan teknologi serta digital.

“Selain itu, petani juga dapat meningkatkan kadar produktiviti mereka sehingga 20 peratus dan dapat mengurangkan kos operasi sehingga 30 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung mekanisme yang digunakan kementerian untuk menilai keberkesanan program atau inisiatif automasi bagi bidang pertanian.

Menjawab soalan asal Wong mengenai usaha kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam sektor pertanian, Arthur berkata pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM20 juta di bawah Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan bagi meningkatkan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi.

“Penggunaan teknologi moden seperti sistem pertanian pintar, dron dan automasi dalam kerja ladang bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan keperluan tenaga kerja fizikal, termasuk penggunaan sensor pemantau parameter tanah, pengairan automatik dan pemantauan hasil pertanian menggunakan data raya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyediakan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Pertanian yang berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia serta berpengetahuan dalam teknik pertanian moden.

Katanya terdapat 15 Pusat Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan Bertauliah seluruh negara dengan menawarkan sejumlah 10 bidang pengkhususan kepada pelajar.

Selain tu, Arthur berkata kementerian juga menyediakan dana, geran dan insentif sebagai galakan untuk membantu petani tempatan termasuk Geran Agropreneur Muda bagi menarik minat lebih ramai golongan muda terlibat dalam sektor pertanian dengan had bantuan geran tersebut dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM30,000.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Post-pandemic health upgrade drives global brands to Southeast Asia: High-purity Omega-3 leader WHC selects...

Belgium-based Omega-3 specialist WHC has entered Singapore with its flagship UnoCardio 1000, using the country as its strategic Southeast Asian hub. The expansion reflects growing demand for high-purity, science-backed health supplements in the region's post-pandemic wellness market.

Dusit International brings its Dusit Collection brand to Japan with the opening of a...

Dusit International has launched its first Dusit Collection property in Japan with the opening of WE Hotel Toya in Hokkaido. Designed by Kengo Kuma & Associates, the luxury lakeside retreat blends Japanese craftsmanship, Thai-inspired hospitality and scenic views of Lake Tōya.

Amazing Thailand Fest 2026 brings Thai culture, cuisine and entertainment to Central i-City

The collaboration reflects Central’s commitment to bringing Thailand’s culture, cuisine and creativity closer to international audiences, while strengthening ties between Thailand and Malaysia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings