the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia bersedia terajui ASEAN sebagai pengerusi, fokus kepada keterangkuman, kemampanan

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan, menghadapi masa depan dengan visi jelas yang tertumpu kepada keterangkuman dan kemampanan, di samping memastikan bahawa “setiap suara itu penting” dan “tiada siapa yang terpinggir di belakang”, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata jawatan pengerusi akan menandakan permulaan lembaran baharu di bawah Wawasan Komuniti ASEAN 2045.

“Dengan berlandaskan Wawasan Komuniti ASEAN 2045, lembaran baharu akan bermula. Ini menandakan permulaan perjalanan selama 20 tahun – perjalanan yang akan menyaksikan kita bangkit bersama-sama untuk membentuk haluan masa depan bersama.

“Selamat Datang. Welcome to Malaysia,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Laos secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia Jumaat lepas pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45, bersama dengan Sidang Kemuncak berkaitan dan Majlis Penyerahan Jawatan Pengerusi ASEAN di Vientiane.

Pada majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tukul Kepengerusian ASEAN daripada Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone sebagai simbolik penyerahan jawatan berkenaan.

Anwar turut memperkenalkan logo dan tema untuk Pengerusi ASEAN Malaysia 2025: ‘Keterangkuman dan Kelestarian’ pada majlis itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings