the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Konflik Lubnan: Kerajaan sedia pelan evakuasi jika PBB putuskan MALBATT berundur

REMBAU: Kerajaan telah bersedia dengan pelan evakuasi sekiranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) memutuskan untuk mengeluarkan pasukan misi pengaman di Lubnan termasuk Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11, susulan ketegangan di negara tersebut.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya telah berbincang dengan PBB berhubung perkara itu dan sebarang keputusan untuk berundur atau sebaliknya memerlukan mandat pertubuhan dunia tersebut kerana Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di bawah panji-panji PBB.

“Kita telah menyuarakan supaya Majlis Keselamatan PBB (UNSC) melihat keberadaan UNIFIL di Lubnan untuk kita buat gerak kerja bila nak keluarkan (MALBATT), Malaysia tak boleh secara unilateral membawa keluar anggota…PBB akan membuat pengunduran secara bersama.

“Kementerian Luar telah bincang dan hanya menunggu masa, sebaik sahaja kita mendapat mesej daripada pegawai pemerintah di Lubnan, bila sahaja mereka mengatakan perlu dikeluarkan maka gerakan untuk evakuasi tentera pengaman PBB termasuk Malaysia akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 200 penerima di Parlimen tersebut termasuk kepada persatuan, rumah ibadah, sekolah dan mahasiswa keseluruhan berjumlah RM129,000.

Mohamad berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan keselamatan lebih 800 anggota MALBATT 850-11 dan wakil tetap Malaysia ke PBB sentiasa berbincang, dengan sebarang keputusan berhubung situasi di Lubnan akan dimaklumkan kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF).

“Buat masa ini belum ada (keputusan) tapi modus operandi, pelan evakuasi semua dah siap termasuk nak bawa ke mana dan sebagainya. Ini adalah di bawah kuasa PBB bukan kehendak negara secara bersendirian, kita tak boleh buat…kalau nak buat boleh tapi akan berbelanja besar dan tidak ada jaminan semasa evakuasi, jika berlaku apa-apa tiada yang akan melindungi kita,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata isu perubahan iklim dan jurang kemiskinan antara negara kecil antara yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-27 di Apia, Samoa.

“Saya juga akan membawa suara Malaysia iaitu menyatakan bahawa (suara) negara Komanwel mesti kedengaran, kalau tidak orang fikir Komanwel macam dah tak ada. Saya juga nak supaya negara Komanwel memperjuangkan soal hak asasi dan genosid di Gaza.

“Kalau dahulu kita boleh menamatkan dasar apartheid di Afrika Selatan, mengapa tidak lakukan perkara sama di Palestin…jadi saya wakil kepada Perdana Menteri bawa suara Malaysia untuk pastikan keberadaan Komanwel dapat dirasai dunia,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings