the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JMFR 2024 medan erat ukhuwah, gaya hidup sihat – Fadillah

MANJUNG: Program Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2024 anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilihat berjaya menjadi platform merapatkan ukhuwah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata program itu turut menjadi merupakan platform bagi membudayakan hidup sihat melalui aktiviti berbasikal, di samping membolehkan TNB melaksanakan ‘tanggungjawab sosial korporatnya (CSR)’, dengan menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam kalangan masyarakat setempat.

Bercakap kepada media setelah melepaskan peserta program itu di Teluk Batik di sini hari ini Fadillah berkata, program berkenaan yang tergendala selama beberapa tahun akibat pandemik COVID-19, diadakan kembali tahun ini, membabitkan kira-kira 2,000 peserta dari seluruh Malaysia.

Turut hadir pada progam pagi ini ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Sementara itu Megat berkata JMFR 2024 yang juga diadakan bersempena Ulang Tahun Ke-75 TNB, melibatkan kayuhan sejauh 75 kilometer bermula di Pantai Teluk Batik dan berakhir di lokasi sama.

Dengan tema “Ride Together: Energy. Progress. Sustainability,“ JMFR 2024 bukan sekadar acara berbasikal, tetapi satu platform komitmen TNB dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan tenaga bersih, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 3 – Kesihatan dan Kesejahteraan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings