the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
27.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Semua pihak digesa nilai semula pendidikan sahsiah – NUTP

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan masyarakat digesa untuk menilai semula keberkesanan pendidikan sahsiah, sistem bimbingan dan kaunseling serta disiplin di sekolah.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia Fouzi Singon berkata kes rogol di sebuah sekolah menengah di Melaka baru-baru ini amat menyedihkan serta membimbangkan.

Beliau menyatakan nilai kemanusiaan, kesopanan dan kesusilaan gagal diamalkan oleh murid terlibat dalam kejadian tersebut.

“Pendidikan keibubapaan dan kekeluargaan juga penting kepada semua bakal ibu bapa kerana punca sahsiah tidak baik murid adalah apabila gagalnya pendidikan ibu bapa.”

Fouzi menegaskan bahawa pendidikan sahsiah tidak boleh dipikul oleh sekolah semata-mata.

Nilai moral dan etika perlu dibentuk seawal di rumah manakala sekolah berperanan memperkukuh dan membimbing.

“Namun begitu, kami bersetuju bahawa sudah tiba masanya keberkesanan pendidikan sahsiah dan disiplin di sekolah dinilai semula agar lebih relevan dengan cabaran sosial semasa.”

Beliau berkata peranan guru bimbingan dan kaunseling juga wajar diperkasa supaya murid dapat melaksanakan sesi kaunseling serta program berkaitan remaja.

Fouzi menekankan sistem sokongan seperti intervensi awal, kerjasama dengan agensi kebajikan dan psikologi juga perlu digerakkan secara menyeluruh.

“NUTP menegaskan bahawa pencegahan awal melalui pendidikan nilai, empati dan pengukuhan sahsiah mesti menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan kita.”

Beliau menambah ini bukan sekadar isu disiplin tetapi cerminan moral dan kesejahteraan sosial generasi muda negara.

Polis mengesahkan empat pelajar lelaki 17 tahun yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia bulan depan direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Kejadian didakwa berlaku pada 2.50 petang 2 Oktober di dalam kelas semasa mangsa berpatah balik untuk mengambil bahan projek mata pelajaran sains yang tertinggal. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nurturing Heart and Liver Health: “Tong Ren Care” Brings Community Service to Campuses

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Beijing Tong Ren Tang Chinese Medicine Company Limited (“Beijing Tong Ren Tang”) (3613.HK) held its “Tong Ren Care” community health seminar last Saturday (10 October 2026) under the theme “Nurturing Heart and Liver Health with Greater Care”.

Temasek Trust and World Bank Group Forge Strategic Partnership to Advance Shared Development Priorities

BANGKOK, THAILAND – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Temasek Trust and the World Bank Group today signed a memorandum of understanding (MoU) to establish a strategic partnership aimed at harnessing the complementary strengths of philanthropy and development finance to advance shared development priorities.

Most Viewed

spot_img