the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembinaan kabel dasar laut SALAM jamin ketersambungan internet seluruh negara

KULAI: Pembinaan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dengan peruntukan RM2 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 akan menjamin ketersambungan Internet dan penghantaran data di seluruh negara.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pembinaannya merupakan satu keperluan yang penting dalam memperkukuh infrastruktur digital.

Beliau berkata langkah itu sekali gus dapat menampung kapasiti Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SCREAM) yang telah lama digunakan sebelum ini.

Teo menjelaskan SCREAM sudah lama diwujudkan dan kapasitinya sudah tiba masanya memerlukan pembinaan kabel dasar laut baharu.

“Data yang kita hantar melalui Internet sekarang memang sangat banyak, jadi jumlahnya semakin meningkat, khasnya pada zaman kecerdasan buatan (AI),“ katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pelepasan Ikan di Sungai Pontian Besar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai impak positif pembinaan SALAM yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2026.

Pembinaan kabel dasar laut sepanjang 3,190 kilometer itu akan dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Projek itu melibatkan laluan dasar laut dari Sedili di Johor, ke Kuching dan Sibu di Sarawak seterusnya ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini dipetik berkata projek SALAM bertujuan menggantikan SCREAM yang telah digunakan sejak lebih sedekad. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings