the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2026: Pelepasan cukai RM3,000 untuk yuran pusat jagaan harian berkuat kuasa 2026

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memperluas pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM3,000 ke atas perbelanjaan yuran pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar bagi anak-anak berumur sehingga 12 tahun berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sebelum ini pelepasan cukai hanya diberikan bagi yuran taman asuhan atau taman didikan kanak-kanak untuk anak-anak berumur sehingga enam tahun sahaja.

Penyertaan wanita dalam kepimpinan korporat menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan 45 peratus syarikat tersenarai awam kini memenuhi syarat sekurang-kurangnya 30 peratus ahli lembaga pengarah wanita setakat 1 Oktober.

Namun masih terdapat lapan syarikat yang belum mempunyai ahli lembaga wanita sehingga Suruhanjaya Sekuriti akan mempergiat usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam kepimpinan urus tadbir korporat.

Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM230 juta tambahan bagi meneruskan pembiayaan kepada usahawan mikro menjadikan jumlah keseluruhan dana AIM yang tersedia mencecah RM2.9 billion.

Dana AIM itu akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 usahawan dengan majoritinya wanita.

Prestasi pembayaran balik AIM menunjukkan rekod cemerlang terutamanya dalam kalangan wanita yang mencatat kadar bayaran balik sebanyak 99.97 peratus.

Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, MARA, dan SME Bank akan menyediakan pembiayaan berjumlah RM270 juta untuk menyokong usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana wanita.

Kerajaan akan membantu seramai 5,000 ibu tunggal yang memerlukan bantuan guaman bagi menyelesaikan kes-kes mahkamah seperti perceraian dan hak penjagaan anak.

Had umur belia akan diselaraskan kepada 15 hingga 30 tahun bermula tahun hadapan bagi memastikan penyertaan dan sumbangan golongan ini kepada pembangunan negara lebih terarah.

Kerajaan akan memperkenalkan semula Program Latihan Khidmat Negara bermula tahun 2026 dengan peruntukan sebanyak RM250 juta termasuk pelaksanaan secara rintis di institusi pendidikan tinggi.

Khazanah menyediakan RM200 juta bagi Program K-Youth yang akan memberi latihan sambil bekerja kepada 11,000 belia tanpa ijazah dalam sektor strategik seperti semikonduktor, jentera, MRO, digital dan teknologi.

Industrial Boot Camp MARA berjaya melatih hampir 5,000 peserta dengan jaminan pekerjaan dan hampir RM30 juta disediakan bagi meneruskan manfaat IBC.

Program Rakan Muda turut menerima RM40 juta antaranya untuk menjayakan inisiatif mendekati belia di kawasan desa yang tercicir dan terpinggir daripada pendidikan serta peluang pekerjaan.

BSN menyediakan RM150 juta pembiayaan kepada usahawan belia berumur 30 tahun ke bawah bagi menggalakkan penyertaan anak muda dalam bidang keusahawanan.

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera di bawah SME Corp turut diperuntukkan RM12 juta bagi latihan dan bantuan perniagaan.

Kerajaan juga akan terus menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen motosikal kelas B2 bagi belia kurang berkemampuan sebagai sokongan kepada mereka yang ingin menceburi sektor perkhidmatan penghantaran. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings