the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tahan enam individu terlibat kegiatan penyeludupan haiwan ternakan, barangan bersubsidi

KUALA LUMPUR: Enam individu termasuk seorang penolong pengarah agensi penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah bagi melindungi kegiatan penyeludupan haiwan ternakan dan barangan bersubsidi di Tumpat, Kelantan petang semalam.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataan memaklumkan kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an hingga 60-an itu ditahan dalam Op Smug sekitar pukul 2.20 petang hingga 4.40 petang ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan.

Pegawai penguat kuasa itu dipercayai menerima rasuah antara RM5,000 hingga RM10,000 daripada beberapa suspek terbabit bagi melindungi kegiatan penyeludupan itu.

“Berdasarkan risikan SPRM, kesemua suspek termasuk penolong pengarah agensi penguat kuasa berkenaan dipercayai terlibat melindungi kegiatan penyeludupan haiwan hidup selain beberapa barangan bersubsidi seperti minyak dan tepung di Tumpat, Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Kesemua suspek direman lima hari bermula hari ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings