the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemeriksaan JAS temukan bungkusan di tebing anak Sungai Pandan

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

JOHOR BAHRU: Pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor berikutan kes pencemaran bau kimia, mengesan sejumlah bungkusan yang tidak dikenal pasti dibuang di tebing anak Sungai Pandan berhampiran Taman Daya, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata pihak JAS telah mengambil sampel daripada bungkusan yang ditemukan pukul 10 pagi itu dan menghantarnya ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Bau yang sama seperti yang terjadi di Kampung Melayu Pandan dua hari lepas masih dapat dihidu di kawasan tersebut. JAS telah memasang garisan keselamatan di lokasi dan sedang mengukur kualiti udara di situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ling berkata JAS memandang serius insiden pencemaran bau kimia itu dan akan terus menjalankan operasi pemeriksaan di sekitar Sungai Pandan dan anak sungainya, untuk mencari punca pencemaran.

“Sekiranya sesiapa melihat individu yang membuang sisa industri atau bahan kimia secara haram, sila laporkan segera kepada JAS. Saya juga mengecam tindakan tidak bertanggungjawab mereka yang membuang bahan atau sisa tanpa pengendalian profesional.

“Syarikat atau individu yang dengan sengaja membuang bahan kimia boleh didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2024, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan beberapa penduduk di sekitar Taman Daya, Taman Istimewa dan Taman Mount Austin mengadu pening dan loya, setelah terhidu bau kimia d kawasan rumah masing-masing.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img