the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Inisiatif zon bebas kenderaan di Banda Hilir terima dua anugerah MBOR

MELAKA: Pelaksanaan inisiatif Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir hilir yang genap setahun hari ini menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record (MBOR).

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata dua pengiktirafan itu ialah ‘First First Aid Station in a Car Free Zone’ dan ‘Longest Duration for Car Free Zone’.

“Kita lihat perkembangan positif membabitkan pengunjung dan pelancong apabila merekodkan kehadiran kira-kira 1.3 juta orang sepanjang setahun ini.

“Dengan purata 100,000 pengunjung dan pelancong sebulan, menunjukkan indikator ekonomi baik kepada para peniaga yang berkait dengan sektor pelancongan sekali gus memberi pulangan baik kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis perasmian seminar ‘Vibrant Melaka: Creating a People-Centric Living Spaces’ sempena sambutan ulang tahun pertama Program Santai@Banda Hilir dan sambutan setahun Zon Bebas Kenderaan (ZBK) di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Melaka Datuk Azhar Arshad dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Ab Rauf berkata inisiatif Zon Bebas Kenderaan diwujudkan dengan objektif untuk mengurangkan asap kenderaan atau pelepasan karbon bagi memelihara bangunan warisan di samping mempamerkan kepekaan kerajaan negeri terhadap kesesakan aliran trafik, khususnya pada hujung minggu.

“Saya yakin, selaras hasrat kerajaan negeri menjadikan Melaka sebuah kota selamat dan mesra pelancong, langkah proaktif ini dilihat signifikan bagi meraikan pengunjung menikmati kebebasan suasana pelancongan tanpa kenderaan sekali gus mengurangkan risiko kemalangan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings