the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pereka dalaman maut ditikam 20 kali

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Seorang pereka dalaman maut ditikam 20 kali selepas disyaki terlibat pergaduhan dengan seorang individu yang belum dikenal pasti di sebuah pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, dekat sini kira-kira pukul 11 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya menerima laporan daripada jiran mangsa yang bimbang selepas terdengar bunyi pergaduhan dan tidak melihat mangsa keluar dari rumah selepas kejadian.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah pergi ke rumah mangsa bagi menjalankan siasatan awal dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menemukan mayat seorang lelaki berumur 36 tahun dengan kesan tikaman.

“Jumlah keseluruhan tikaman dianggarkan 20 dengan lima tikaman di sebelah rusuk kiri, enam tikaman di kepala dan sembilan tikaman di kedua-dua pergelangan tangan telah ditemui pada mayat mangsa yang bekerja sebagai pereka dalaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan pihaknya turut difahamkan mangsa tinggal bersendirian di pangsapuri berkenaan yang baru dibelinya tahun lepas.

“Barangan mangsa seperti beg duit dan telefon bimbit disyaki telah dicuri, jadi kita juga tidak tolak kemungkinan kes ini adalah pecah rumah menjadi samun hingga menyebabkan kematian dan suspek kes ini dipercayai juga tercedera semasa bergelut dengan mangsa,” katanya dengan menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini dipohon untuk tampil bagi membantu siasatan dan boleh menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img