the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasukan perubatan peribadi Agong rawat dua mangsa kemalangan

KUALA LUMPURs: Pasukan perubatan peribadi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberikan rawatan kecemasan kepada dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Ismail di sini, hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, seorang doktor pakar perubatan kecemasan bersama anggota paramedik serta juruteknik perubatan kecemasan sedang dalam perjalanan mengiringi Seri Paduka Baginda ketika kejadian berlaku.

“Sebaik melihat kemalangan itu, doktor bersama pasukan perubatan peribadi Seri Paduka Baginda segera memberikan rawatan kecemasan kepada kedua-dua lelaki terbabit.

“Seorang daripada mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan menggunakan ambulans peribadi Seri Paduka Baginda,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut ambulans peribadi milik Sultan Ibrahim dilengkapi dengan pelbagai aspek klinikal, termasuk mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan, alat defibrilator luaran automatik (AED), dan mesin bantuan pernafasan automatik.

Selain itu, ambulans tersebut turut dilengkapi peralatan untuk rawatan luka akibat kebakaran serta peralatan asas kecemasan akibat kemalangan jalan raya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings