the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di bandung, kata Wisma Putra

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu (18 Sept), menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, kementerian itu yang dikenali sebagai Wisma Putra, berkata bahawa ia sedang memantau dengan teliti kesan gempa bumi itu melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka, amat digalakkan untuk berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my,“ menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di Jl. H.R. Rasuna Said Kav.x/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, Indonesia, nombor telefon: +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036 (Untuk Kecemasan Selepas Waktu Pejabat) atau e-mel [email protected].

“Malaysia turut berdukacita dan bersimpati terhadap mangsa dan keluarga yang terkesan akibat bencana alam ini,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings