the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2025: MOF sedia peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan

KUALA TERENGGANU: Kementerian Kewangan (MOF) akan menyediakan peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan negara sebagai persediaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata Malaysia mempunyai banyak ruang untuk meningkatkan kefahaman negara luar mengenai negara ini dalam sektor pelancongan dengan menjadi Pengerusi ASEAN.

“Tahun 2026 pula ialah Tahun Melawat Malaysia, jadi kita harus membuat persediaan untuk kedua-dua perkara ini kerana pelancongan ialah sektor yang sangat penting.

“Sektor ini penting kerana ia cepat dalam menjana hasil untuk negara dan alhamdulillah tahun ini kita nampak perkembangan yang baik … Malaysia akan menerima pelancong yang lebih ramai berbanding sebelum pandemik COVID-19,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi libat urus bersama penggiat pelancongan Terengganu berkenaan Belanjawan 2025 di Muzium Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun perbincangan melibatkan sektor pelancongan dibuat di Terengganu, namun MOF akan mengambil kira dapatan sesi libat urus itu untuk menambah baik sektor pelancongan di seluruh negara pada belanjawan tahun hadapan.

“Pertama, kita faham akan ada Tahun Melawat Malaysia 2026. Jadi, kita kena ada pembaikan atau penyelenggaraan infrastruktur di seluruh negara. Kita akan lihat keutamaan untuk tingkatkan lagi bagi memberi keselesaan kepada pelancong.

“Kedua, kita juga terima cadangan … mungkin kita boleh tolong mereka yang terlibat dalam industri ini untuk dapat sokongan dari segi galakan insentif atau meningkatkan kemahiran seperti menjadi pemandu pelancong yang berpengalaman. Perkara ini kita akan diteliti bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),“ katanya.

Amir Hamzah berkata dalam sesi kesembilan libat urus MOF dengan penggiat industri itu, beliau turut menerima permintaan untuk memperincikan infrastruktur kewangan yang bersesuaian kepada pemain sektor pelancongan.

“Ini ialah usaha jelajah Belanjawan 2025 kerana kita merasa penting untuk mendapatkan pandangan menyeluruh dalam menyediakan bajet yang lebih baik dan berfokus sebagai langkah meningkatkan ekonomi negara,“ katanya.

Sementara itu, mengulas kebanjiran rakyat Malaysia ke Thailand baru-baru ini, Amir Hamzah berkata rakyat disaran mengutamakan pelancongan domestik untuk membantu merangsang ekonomi negara berbanding melancong ke luar negara walaupun nilai ringgit sedang mengukuh.

“Alhamdulillah, ringgit kita makin mengukuh. Kalau tengok kenaikan tahun ini sahaja ringgit kukuh lebih kurang tujuh peratus. Dari segi ekonomi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama naik 4.2 peratus dan 5.9 peratus pada suku kedua.

“Jadi, apabila semakin baik rakyat dapat ruang untuk merasa lebih sedikit (melancong ke luar negara). Tetapi, kita galakkan mereka rasa dulu apa yang ditawarkan oleh negara kita kerana saya rasa kita ada banyak khazanah semula jadi, benda-benda baharu yang rakyat harus berbangga,“ katanya.

Media sebelum ini melaporkan hampir 100,000 pelancong Malaysia ke Thailand bersempena dengan cuti persekolahan dan Hari Malaysia baru-baru ini, yang menyumbang lebih 1 bilion Baht (RM129 juta) kepada ekonomi negara berkenaan.

Sementara itu, ditanya mengenai isu penyaluran Wang Ihsan kepada Terengganu, Amir Hamzah berkata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berkongsi matlamat yang sama dalam mengukuhkan ekonomi negara dan sentiasa mencari jalan untuk bekerjasama.

“Apabila ada cadangan yang dapat selesaikan isu di dalam negara seperti kemiskinan dan meningkatkan infrastruktur asas untuk rakyat, kita sentiasa sedia untuk bekerjasama. Tiada isu anda menang, saya kalah. Soalnya kaedah untuk kita membina Malaysia,“ katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri dilaporkan akan berusaha menuntut baki pembayaran royalti petroleum atau wang ihsan yang dianggarkan mencecah lebih RM1 bilion, termasuk baki kira-kira RM700 juta yang belum dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan bagi 2023 dan bayaran untuk tahun ini.

Pada April, kerajaan Persekutuan sudah menyalurkan wang ihsan sebanyak RM172.3 juta kepada Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings