the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor bangun KUSEL untuk selaras, susun sistem pemetaan utiliti bawah tanah – MB

SHAH ALAM: Selangor telah membangunkan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) sejak 2020 bagi menyelaras dan menyusun sistem pemetaan utiliti di bawah tanah negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata KUSEL juga bertujuan mengetahui dan mengenal pasti sebarang insiden luar jangka yang berlaku di bawah tanah di Selangor.

“Penubuhan KUSEL ini adalah untuk kita mengetahui secara khusus apakah utiliti yang ada di bawah jalan atau tanah dalam tempat kita,” katanya ketika ditanya mengenai perancangan dan persediaan Kerajaan Negeri Selangor susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan PNB Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Amirudin juga berkata insiden itu adalah peringatan kepada semua khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Kita kena siap siaga. Tidak boleh membuat kesimpulan terlalu awal (berhubung insiden itu). Yang penting bagi kita ialah beri perkhidmatan terbaik dan jamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Jumaat lepas, mangsa yang merupakan pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada 8.22 pagi.

Wanita itu, yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian.

KUSEL ditubuhkan pada 18 Dis 2020 sebagai badan penyelaras dan penyelia utiliti Selangor di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Pelantikan KUSEL bertujuan membantu dan memudah cara pihak berkuasa negeri, PBT dan pihak berkuasa jalan dalam perancangan kemudahan awam serta laluan utiliti sama ada di lokasi sedia ada atau dalam kawasan pemajuan baharu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings