the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bunuh Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lepas.

Ini selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan rayuan silang pendakwaan bagi menghidupkan semula Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dihadapi oleh kesemua tertuduh sebelum ini.

Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Hakim Hadhariah dalam keputusan sebulat suara berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila meminda pertuduhan asal daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

“Oleh itu, mahkamah membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan pertuduhan yang dipinda dan menghidupkan semula Seksyen 302 Kanun Keseksaan,“ katanya yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Hakim Hadhariah di dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati kelima-lima tertuduh itu secara bergilir-gilir telah menekap seterika wap pada seluruh badan si mati (Zulfarhan) termasuk kemaluannya dan Abdul Hakeem pula bersubahat menghasut dan menyuruh kelima-lima tertuduh melakukan perbuatan berkenaan.

“Oleh itu kami sebulat suara memutuskan hanya satu hukuman sahaja wajar dijatuhkan kepada keenam-enam tertuduh di mana kesemua tertuduh ini hendaklah dibawa ke suatu tempat penggantungan dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Justeru itu, mahkamah mengetepikan hukuman penjara 18 tahun (dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi) terhadap keenam-enam tertuduh dan digantikan dengan hukuman gantung sampai mati,“ kata hakim itu.

Sebelum ini, Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati keenam-enam tertuduh bersalah atas pertuduhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Sementara itu, panel tiga hakim berkenaan mengetepikan hukuman penjara tiga tahun ke atas 12 lagi bekas penuntut universiti sama kerana mencederakan Zulfarhan dan menggantikan hukuman itu dengan penjara empat tahun.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Kesemua mereka yang kini berusia 28 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 dan 22 Mei 2017.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings