the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penanaman ketum secara terkawal boleh beri manfaat ekonomi, perubatan

ALOR SETAR: Penanaman ketum yang diusahakan secara terkawal boleh memberi banyak manfaat bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga sebagai sumber perubatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kedah Dzowahir Ab Ghani berkata pihaknya memohon kerajaan Persekutuan untuk melihat secara serius potensi itu yang akan memberikan pendapatan kepada kerajaan negeri.

“Pada 2022 Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) ada menyebut ataupun menyatakan hasrat kerajaan negeri menanam ketum untuk diniagakan di pasaran sebagai satu komoditi.

“Pasaran ketum di luar sana amat besar tetapi keputusan mengenai perkara ini terletak kepada persetujuan kerajaan pusat,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Muhamad Amri Wahab (PN-Derga) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri bersetuju menjadikan daun ketum sebagai sumber pendapatan dengan mengeksport bahan itu ke luar negara.

Dzowahir berkata baru-baru ini diadakan perjumpaan melibatkan exco perladangan dan komoditi semua negeri dengan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan isu ketum antara perkara yang dibangkitkan.

“Menteri mengambil maklum dan insya-Allah akan dibincang untuk membolehkan tanaman ketum ini dapat menjadi hasil pendapatan kerana pasarannya besar dan kita tahu ada negara contohnya Jerman telah mengeluarkan produk perubatan berasaskan ketum,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Mohd Taufik Yaacob (PN-Bayu) mengenai isu lebih 24,000 hektar kebun getah tidak ditoreh di negeri ini, Dzowahir berkata perkara berkenaan sedang dalam tindakan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

“Perkara ini turut dibangkitkan semasa pertemuan dengan Menteri Perladangan dan Komoditi, dalam isu ini pihak LGM akan mengambil langkah mengusahakan semula tanah-tanah dengan membantu penoreh getah atau yang tidak lagi menoreh dengan tananam kontan lain,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings