the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah Persekutuan tetap 11 Okt dengar rayuan peguam kes urus niaga dalaman

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini telah menetapkan 11 Okt ini untuk mendengar rayuan peguam korporat Datuk Sreesanthan Eliathamby terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia terbabit dalam urus niaga dalaman melibatkan saham Worldwide Holdings Bhd pada 2006.

Abraham Au, salah seorang peguam Sreesanthan, mengesahkan tarikh pendengaran tersebut ketika dihubungi Bernama susulan sesi pengurusan kes yang diadakan hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Pada November 2020, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sreesanthan telah melakukan urus niaga dalaman saham syarikat itu dan memerintahkan dia membayar RM1.99 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) iaitu tiga kali ganda nilai keuntungan yang diperoleh hasil urus niaga dalaman tersebut.

Selain itu, Sreesanthan juga diarah membayar RM1 juta kepada SC sebagai penalti sivil dan dilarang menjadi pengarah mana-mana syarikat tersenarai selama 10 tahun, bermula 18 Nov 2020.

Pada 6 Sept 2022, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Sreesanthan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Apri lepas, Sreesanthan mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan tersebut.

Sreesanthan didakwa memperoleh sejumlah 600,000 saham Worldwide antara 7 Jun dan 11 Julai 2006, semasa memiliki maklumat material bukan awam berhubung cadangan penswastaan Worldwide oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Pada masa itu, Sreesanthan merupakan rakan kongsi kanan di sebuah firma guaman yang dilantik sebagai penasihat undang-undang bagi cadangan penswastaan Worldwide.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings