the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tumpu perangi rasuah, salah guna kuasa dalam sektor pembinaan – Azam Baki

BANGI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini memberi tumpuan dalam memerangi isu rasuah, kelemahan tatakelola dan salah guna kuasa dalam sektor pembinaan di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sektor berkenaan amat terdedah kepada rasuah antaranya melibatkan projek pembinaan jalan dan bangunan serta kenaikan harga kos dalam kontrak kerajaan.

Beliau berkata tumpuan khusus SPRM dalam sektor pembinaan ketika ini membabitkan kontrak-kontrak kerajaan dengan syarikat pembinaan pada peringkat negeri dan Persekutuan.

“Ya, memang sektor pembinaan satu daripada sektor di bawah pemerhatian kami dan kami tumpukan kontrak-kontrak yang melibatkan kerajaan sahaja.

“Berhubung dengan perkara ini (sektor pembinaan), kita lihat memang banyak berlaku ketirisan,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti Dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 Tahun 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan memandang serius isu berkaitan rasuah, kelemahan tatakelola serta salah guna kuasa membabitkan sektor pembinaan.

Azam berkata mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) telah bersetuju dengan cadangan menggalakkan semua syarikat gred G7 untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 37001 AntiBribery Management System (ABMS).

“Hal ini menunjukkan kesungguhan pihak syarikat dalam sektor pembinaan supaya mempunyai pemahaman tentang pembanterasan rasuah,” katanya.

Azam berkata sekiranya MS ISO 37001 ABMS tidak diperoleh, syarikat berkenaan berkemungkinan tidak boleh menyertai tender di bawah Kementerian Kewangan.

Pada 9 Sept lepas, mesyuarat JKKTN dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan untuk menggalakkan semua syarikat gred G7 yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 37001 ABMS.

Selain itu, syarikat berkenaan juga akan diberi keutamaan dalam perolehan kerajaan bagi perolehan kerja bernilai RM100 juta ke atas bagi tempoh dua tahun pertama.

Inisiatif berkenaan menyokong prinsip liabiliti korporat di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, Azam dalam ucapannya berkata sebanyak US$5 trilion setahun nilai ketirisan dijangka disumbangkan oleh sektor pembinaan menjelang 2030 sekiranya tiada langkah berkesan diambil bagi menangani rasuah dalam sektor itu.

Beliau berkata perkara itu dilaporkan oleh Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS), sebuah badan profesional dunia yang menetapkan piawaian dan kualiti bagi hartanah, infrastruktur dan pembinaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Nervotec Launches NervoScan MCP, Giving AI Assistants a Real-World Health Signal From a 10-Second...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Nervotec, a Singapore-based health AI company, today announced the launch of NervoScan MCP, a contactless biosensing tool that lets MCP-compatible AI assistants read a person's everyday vital signs from a 10-second face scan using any laptop, phone, or webcam camera.

OR Sets 2030 Sustainability Goals Amid Global Energy Transition, Targeting Inclusive Growth for People,...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - PTT Oil and Retail Business Public Company Limited (OR), Thailand's leading energy and lifestyle retail operator, has announced its OR 2030 Goals - a comprehensive sustainability framework across three dimensions: Economic Prosperity, Living Community, and Healthy Environment - as the global energy industry undergoes accelerating transition, navigates geopolitical uncertainty, and responds to climate imperatives.

TrendAI™ Named Trusted Partner in the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 23 June 2026 - TrendAI™, the enterprise AI security leader from Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), today announced it has joined the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program – gaining access to OpenAI's frontier AI capabilities purpose-built for cybersecurity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings