the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemenangan Syed Hussien bukti penerimaan rakyat terhadap kerajaan perpaduan

KLUANG: Kemenangan besar calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mencerminkan sokongan dan penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata kejayaan calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya itu juga membuktikan semangat kebersamaan antara parti komponen dalam gabungan tersebut.

“Kita bekerjasama sebagai satu ketumbukan Pakatan Harapan (PH) dan BN. Kita bahagi-bahagikan tugas supaya kita dapat saling menyokong antara satu sama lain dan tetap berpegang kepada semangat PH sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan dengan BN antara rakan utama kita,“ katanya.

Syed Ibrahim berkata demikian semasa ditemui selepas pengumuman keputusan rasmi PRK itu di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

Beliau juga berharap Syed Hussien, yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk DUN Mahkota bagi menjaga nama baik Kerajaan Perpaduan pada pandangan rakyat.

Syed Ibrahim berkata PH Johor sentiasa bersedia membantu dan memberikan kerjasama penuh kepada Syed Hussien bagi tujuan itu.

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi pula menyifatkan kemenangan itu sebagai kenangan manis buat ‘Pasukan Perpaduan Kluang’ yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempen selain membuktikan formula Perpaduan yang diketengah pada pilihan raya berkenaan diterima oleh Bangsa Johor.

Wong, yang juga Penyelaras PH Kluang bagi PRK DUN Mahkota, berharap kerjasama itu tidak terhenti dengan berakhirnya pilihan raya tersebut sebaliknya diteruskan kerana manfaatnya cukup besar kepada penduduk Johor.

PRK hari ini menyaksikan BN mempertahan kerusi DUN Mahkota selepas Syed Hussien menang bergaya dengan majoriti besar 20,648 undi, jauh meninggalkan pencabar daripada Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar yang sekadar meraih 7,347 undi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings