the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mpox: Rujuk dahulu kenyataan rasmi KKM untuk sahkan berita tular – Fahmi

PUTRAJAYA: Orang ramai diminta merujuk kenyataan rasmi kementerian atau agensi berkaitan untuk mengesahkan sebarang berita tular, termasuk mengenai kes jangkitan cacar monyet atau Mpox, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Merujuk kepada imej tular mengenai dakwaan Mpox kini merebak di Singapura, jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan bahawa perkara itu tidak benar.

“Sekiranya ada isu tular boleh rujuk dengan kementerian berkaitan termasuk isu Mpox, boleh rujuk dengan KKM jika kita terima maklumat daripada sumber yang tidak boleh disahkan, atau kalau kita terima maklumat, (jadi) kita perlu lakukan sedikit pengesahan,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

KKM menerusi laman rasmi Facebook semalam tampil menjelaskan imej yang ditularkan bukan imej kes Mpox sebaliknya merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur seperti yang disiarkan dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 Sept 2022.

Pada 15 Ogos lepas, KKM telah mengesahkan tiada kes baharu Mpox dilaporkan dalam negara setakat ini, meskipun berlaku peningkatan kes penyakit tersebut di rantau Afrika baru-baru ini.

KKM memaklumkan di Malaysia, jumlah keseluruhan Mpox yang disahkan setakat ini ialah sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan yang terakhir pada November 2023.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings