the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KWSP perkukuh pelaburan mampan dengan polisi pengawasan baharu

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerbitkan Polisi Pengawasan Pelaburan Mampan KWSP sekali gus menjadi pelabur institusi pertama di Malaysia yang menerbitkan polisi pengawasan kendiri untuk pelaburan mampan.

Menurut kenyataan pada Rabu, KWSP menjelaskan polisi itu menetapkan proses dan garis panduan yang dipatuhi pihaknya untuk menggalakkan amalan kemampanan yang baik dalam kalangan syarikat penerima pelaburan dan pengurus dana luaran.

KWSP menambah langkah pengawasan itu mengukuhkan komitmen pihaknya dalam membantu membina masa depan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia dengan memberikan nilai mampan jangka masa panjang.

“Ini sejajar dengan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang mentakrifkan pengawasan sebagai pelabur institusi yang menggunakan pengaruh mereka untuk memaksimumkan nilai jangka panjang keseluruhan, merangkumi aset ekonomi, sosial dan alam sekitar yang penting untuk pulangan dan kepentingan pelanggan dan benefisiari,” menurut KWSP.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn berkata pihaknya komited untuk menerajuiprinsip pelaburan mampan dengan mempromosikan dan menanam amalan perniagaan baik secara sistematik yang menerapkan faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam semua keputusan pelaburan.

“Komitmen pengawasan ini mempercepat kemajuan KWSP ke arah mencapai portfolio patuh ESG sepenuhnya menjelang 2030 dan portfolio neutral iklim menjelang 2050.

“Kami menyasar untuk memperkasakan syarikat penerima pelaburan dan pengurus dana luaran kami untuk menjana impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar, mengekalkan kepentingan terbaik bagi semua semua pihak berkepentingan di samping memaksimumkan pulangan daripada risiko terlaras peringkat portfolio,” katanya dalam kenyataan yang sama.

KWSP menjelaskan sebagai pelabur institusi terbesar di Malaysia, pihaknya mengambil peranan kepimpinan untuk mempengaruhi pelaksanaan amalan kemampanan yang baik dalam pasaran modal Malaysia, sama ada secara sendiri atau kerjasama melalui platform seperti Majlis Pelabur Institusi Malaysia.

Polisi Pengawasan Pelaburan Mampan KWSP merangkumi pendekatan terhadap bidang pengawasan utama seperti pemantauan, penglibatan dan pilihan peningkatan dalam usaha untuk menyelaraskan syarikat dengan polisi pelaburan mampannya dan menambah baik pengurusan risiko dan peluang penting berkaitan ESG.

Falsafah pengawasan KWSP tertumpu pada empat aktiviti utama iaitu pemilihan proksi, pemantauan, penglibatan aktif dan inisiatif kerjasama, tambah KWSP.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings