the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tahan suami isteri disyaki salah guna jawatan untuk dapat projek lebih RM200,000

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan sepasang suami isteri disyaki menyalahgunakan jawatan dalam sebuah agensi untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.

Menurut sumber, lelaki terbabit ditahan di pejabatnya kira-kira 12 tengah hari tadi manakala isterinya ditahan kira-kira 1 tengah hari di kediaman pasangan berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pasangan itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sekitar 2022 hingga 2023 melibatkan beberapa jenis kerja pembekalan berbeza.

“Suspek lelaki yang bertugas di sebuah agensi di negeri ini disyaki menggunakan jawatannya dengan mencadangkan sebut harga milik syarikat isterinya bagi mendapat kerja-kerja pembekalan di tempat kerjanya yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM200,000,” katanya.

Sumber itu memaklumkan SPRM Terengganu kini sedang meneliti kerja-kerja pembekalan lain yang diperolehi syarikat terbabit daripada agensi berkenaan.

Sementara itu Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan suami isteri berusia sekitar 30-an itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Hazrul Shazreen berkata pasangan suami isteri itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok untuk permohonan reman dan pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat tangkapan susulan berhubung kes berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings