the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parlimen: RM86.3 juta di salur setakat ini bagi pelaksanaan Kampung Angkat MADANI

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM86.3 juta daripada keseluruhan RM100 juta peruntukan disalurkan kepada kementerian dan agensi yang terlibat bagi pelaksanaan Kampung Angkat MADANI setakat ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ia meliputi 35 daripada sasaran 42 kampung di bawah program itu yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024, dengan setiap kampung menerima peruntukan maksimum sehingga RM2.5 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek.

“Objektif pelaksanaannya adalah untuk mencari kaedah terbaik dalam memudah cara dan mempercepatkan pelaksanaan projek kecil di kampung, merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar, melengkapkan kemudahan asas desa terpinggir secara holistik dan mengenal pasti kaedah terbaik penyelesaian masalah.

“Kriteria yang menjadi keutamaan pemilihan sesebuah kampung adalah kampung yang mempunyai liputan kemudahan di bawah 50 peratus atau mempunyai kemudahan asas daif dan tidak lengkap serta memerlukan perhatian khusus bagi melengkapkan keperluan kemudahan asas,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) mengenai matlamat utama pelaksanaan Kampung Angkat MADANI berbanding dasar sedia ada dan kriteria utama pemilihan kampung angkat.

Amir Hamzah berkata kampung yang terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI akan dijadikan penanda aras terbaik dalam membantu kerajaan merapatkan jurang antara desa dan bandar.

“Ini termasuk memperkasakan ketua mukim atau jawatankuasa kampung dan komuniti setempat melalui pendekatan gotong-royong serta memudahkan tatacara perolehan dan kewangan untuk membantu melengkapkan projek infrastruktur di kampung-kampung yang terpilih,” katanya.

Beliau berkata program itu memberi tumpuan projek fizikal termasuk menambah baik jalan kampung, lampu jalan, bekalan air dan elektrik, serta kemudahan capaian Internet, selain projek bukan fizikal seperti pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat, e-Kasih, Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah serta perkhidmatan bergerak kerajaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings