the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ASEAN-BAC dan Chile meterai MOU perkukuh hubungan perniagaan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

ASEAN-BAC dan Chile meterai MOU bina rangka kerja kerjasama rasmi, buka peluang perdagangan dan pelaburan baharu antara rantau.

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan Majlis Perniagaan Chile-ASEAN hari ini memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi memperkukuh hubungan perniagaan antara kedua-dua pihak.

Perjanjian itu bertujuan mewujudkan rangka kerja kerjasama rasmi sekali gus membuka peluang baharu dalam perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan Chile.

Memorandum tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Agung Confederation of Chilean Industry (SOFOFA) dan wakil Majlis Perniagaan Chile-ASEAN, Rodrigo Yáñez serta Pengerusi ASEAN-BAC Tan Sri Nazir Razak.

Majlis pemeteraian MOU itu diadakan bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2025 yang sedang berlangsung di sini.

Kerjasama tersebut merupakan kolaborasi pertama ASEAN-BAC dengan negara Amerika Selatan.

Ia juga mengangkat Majlis Perniagaan Chile-ASEAN sebagai platform utama bagi kerjasama perniagaan dan memudahkan akses pasaran.

Menurut kenyataan bersama, majlis ini akan berfungsi sebagai saluran pertukaran maklumat pasaran dan penganjuran misi perniagaan.

Ia juga akan menyelaras forum perdagangan dan sidang meja bulat pelaburan.

Nazir berkata kerjasama dengan Chile menandakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi global ASEAN.

“Majlis Perniagaan Chile-ASEAN akan menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan ekonomi dua hala dan memperteguh integrasi di bawah Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP),” katanya.

“Gabungan sumber dan inovasi Chile dengan dinamik serta skala pasaran ASEAN mewujudkan sinergi yang berpotensi mengangkat peranan kedua-dua rantau dalam rantaian nilai global,” tambahnya.

Sementara itu, Yanez berkata pemeteraian MOU itu merupakan detik bersejarah dalam hubungan Chile dan ASEAN.

“Majlis perniagaan dua hala ini akan mengenal pasti peluang perniagaan dan memupuk kerjasama dalam bidang inovasi, tenaga, mineral kritikal, makanan, logistik dan kemampanan,” katanya.

Ia juga akan menggalakkan penyertaan syarikat Chile dalam rantaian bekalan Asia Tenggara.

“Penubuhan Majlis Perniagaan Chile-ASEAN turut melengkapi agenda Chile sebagai Rakan ASEAN, sekali gus memperkukuh penyertaannya dalam inisiatif ekonomi dan perniagaan blok serantau itu,” jelasnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

NGO lauds initiative to recognise Rohingya refugees

It called on the government to publicly clarify the criteria for refugee recognition and work eligibility, the duration and conditions of the temporary stay document, sectors in which refugees may work, application timelines, appeal mechanisms and pathways for those who are not recognised or approved for employment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings