the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir di Perak kekal 105 orang

IPOH: Mangsa banjir di Perak kekal 105 mangsa daripada 36 keluarga setakat 8 pagi ini yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan PPS di daerah Hulu Perak dibuka sejak semalam berikutan bencana banjir yang menjejaskan tiga kampung iaitu Kampung Badariang, Kampung Sira Panas dan Kampung Padang.

“Sebanyak 64 orang daripada 21 keluarga berlindung di Sekolah Kebangsaan Basia Lama, manakala 41 orang daripada 15 keluarga berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan daerah Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak dijangka mengalami ribut serta hujan pada sebelah pagi dan petang ini.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air Sungai Kerian di Selama berada pada tahap bahaya dengan iaitu 12.99 meter.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings