the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan permohonan semakan Muhyiddin kembalikan tuduhan salah guna kuasa pada 20 Ogos

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 20 Ogos untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat tuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.

Panel lima hakim yang diketuai Hakim Datuk Azizah Nawawi menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan peguam utama Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin serta Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang bertindak bagi pihak pendakwa raya sebagai responden.

“Kami memerlukan lebih banyak masa kerana kes ini melibatkan isu yang serius. Oleh itu, kami menangguhkan keputusan kepada 20 Ogos,“ kata Hakim Azizah.

Hakim lain ialah Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah, dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Pada 27 Mac lepas, Muhyiddin, 77, memfailkan permohonan supaya mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang mengembalikan empat tuduhan terhadapnya yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam notis usulnya, Muhyiddin berkata keputusan Mahkamah Rayuan adalah terbatal kerana ia dibuat tanpa bidang kuasa seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 50(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu ketika itu, didakwa menggunakan jawatannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff untuk parti tersebut.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Presiden Bersatu itu juga menghadapi dua tuduhan menerima wang daripada hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Bersatu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta antara 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Terdahulu, Hisyam berhujah bahawa kes ini adalah kes yang wajar dan sesuai untuk semakan kerana tiada undang-undang atau cara lain yang boleh digunakan oleh pemohon (Muhyiddin) melainkan memohon bantuan mahkamah untuk membetulkan ketidakadilan yang timbul daripada keputusan yang dipertikaikan.

“Secara ringkasnya, kegagalan keadilan yang timbul daripada keputusan yang dipertikaikan adalah begitu berat dan jelas sehingga memerlukan campur tangan semakan oleh mahkamah ini,“ katanya.

Hisyam juga berhujah bahawa Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk menyemak semula rayuan yang telah diputuskan untuk mengelakkan ketidakadilan yang nyata dalam keadaan luar biasa.

“Mahkamah Rayuan mempunyai kuasa untuk membetulkan keputusan yang salah untuk memastikan keadilan antara pihak-pihak yang terlibat dan memastikan keyakinan awam terhadap pentadbiran keadilan,“ tambahnya.

Sementara itu, Wan Shaharuddin berhujah bahawa panel Mahkamah Rayuan sebelum ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan melupuskan rayuan termasuk rayuan responden (pendakwa raya) di bawah Kaedah 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 berhubung pembebasan pemohon.

“Permohonan semakan ini merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah. Oleh itu, saya mohon mahkamah menolak permohonan semakan pemohon dan mengembalikan kes ini ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Allianz: $125 billion in vessel and cargo value awaits passage from the Persian Gulf

Allianz warns that geopolitical tensions and the Strait of Hormuz disruption have left about US$125 billion in vessel and cargo value awaiting transit. The report highlights growing maritime risks, supply chain uncertainty, ageing fleets, and the need for stronger resilience in global shipping operations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings