the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tandas awam, surau di Hentian Sebelah Setul ditutup bagi kerja naik taraf

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) menutup kemudahan tandas awam dan surau di Hentian Sebelah Setul bermula hari ini hingga 31 Okt depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf kemudahan di lokasi berkenaan.

LEKAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh penutupan, pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan kemudahan tandas dan surau awam di Kawasan Rehat & Rawat (RSA) Beranang (Arah Selatan/Seremban) atau stesen minyak berhampiran.

“Pihak LEKAS memohon maaf atas segala kesulitan dan kerjasama daripada pengguna lebuh raya amatlah kami hargai demi keselesaan pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau bantuan boleh menghubungi talian infoline LEKAS 1-800-888-021.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings