the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 15, 2025
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengurangan halangan bukan tarif tingkat KDNK ASEAN 4.3 peratus – IMF

IMF jangka pengurangan halangan bukan tarif boleh tingkat KDNK ASEAN 4.3%, setara tambah satu pertiga KDNK Malaysia dan cipta 4 juta pekerjaan.

KUALA LUMPUR: Pengurangan halangan bukan tarif dijangka dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN sebanyak 4.3 peratus dalam jangka masa panjang, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), menurut Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva.

Beliau berkata peningkatan ini bersamaan dengan menambah lebih sepertiga KDNK semasa Malaysia kepada blok itu dan mewujudkan kira-kira empat juta pekerjaan baharu sekiranya digabungkan dengan dasar pasaran buruh yang lebih efektif.

“Perdagangan serantau dalam ASEAN kini menyumbang sedikit melebihi 20 peratus daripada jumlah perdagangan keseluruhan, kebanyakannya melibatkan barangan pertengahan, berbanding 60 peratus dalam Kesatuan Eropah (EU) yang lebih banyak melibatkan barangan akhir.

“Sehubungan itu, penghapusan halangan perdagangan akan membantu ekonomi anda berkembang dengan lebih pantas,” katanya pada sesi plenari di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di sini hari ini.

Beliau turut menyokong Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang dipertingkatkan serta langkah serupa bagi melonggarkan sekatan perdagangan dalam perkhidmatan, di samping integrasi kewangan yang lebih kukuh dan pelaburan bersama yang transformatif.

“Begitu juga dengan usaha memperluas perkongsian teknologi, termasuk dalam bidang infrastruktur digital dan kecerdasan buatan (AI), dengan Singapura menyerlah sebagai peneraju global, manakala Malaysia, Thailand dan Indonesia sedang mencapai kemajuan yang signifikan,” kata beliau.

IMF mengunjurkan pertumbuhan global pada 3.2 peratus tahun ini dan 3.1 peratus pada 2026, manakala ASEAN dijangka berkembang 4.3 peratus bagi kedua-dua tahun berkenaan.

“Memang benar, ia masih di bawah trend sejarah sebelum ini, tetapi keadaan ini lebih baik daripada yang kita jangkakan pada April,” katanya.

Georgieva berkata dasar asas ekonomi yang kukuh, kebolehsesuaian sektor swasta serta pengukuhan kerjasama di peringkat serantau menjadi sumber ketahanan ini. 

Sepanjang beberapa dekad yang lepas, negara ASEAN telah melabur untuk membina asas dasar yang kukuh, termasuk bank pusat yang bebas, inflasi bersasar, peraturan fiskal dan kini pendekatan itu telah memberikan impak positif.

“Usaha ini perlu diteruskann dan IMF menyediakan analisis merentas negara serta saluran penilaian ekonomi kami pada peringkat dua hala, serantau dan global,” katanya.

Georgieva berkata sektor swasta memainkan peranan utama dalam menjana pertumbuhan dan pekerjaan di negara anggota ASEAN.

“Blok ini juga mempunyai potensi besar untuk mempunyai dasar generasi baharu yang dapat memperkukuh integrasi perdagangan, kewangan dan teknologi,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hellgren seals maiden Asian Tour title with Saudi Open win

Bjorn Hellgren claimed the Saudi Open presented by PIF with a dramatic one-shot victory over Jack Thompson after a tense final round at Dirab Golf & Country Club, closing with a five-under-par 67 to finish on 23-under and holing a six-foot birdie putt on the 18th for his maiden Asian Tour title.Thompson, tied with Hellgren at the start of the day, carded a 68 to finish second in the season-ending Asian Tour event, a result that secured his playing card for next year after he narrowly missed an eagle chance on the final hole.
spot_img

Popular Categories