the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen Selangor tahan 34 warga asing tanpa permit sah

KUALA LUMPUR: Seramai 34 pendatang tanpa izin ditahan dalam serbuan di sekitar Cyberjaya, Kajang dan Bandar Baru Bangi, Selangor atas pelbagai kesalahan termasuk tinggal di Malaysia tanpa permit sah, Isnin lepas.

Pengarah Imigresen Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata operasi yang bermula pukul 2 petang itu turut memeriksa 36 premis dan 166 individu.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 12 warganegara Indonesia, Bangladesh (16), Myanmar (3), Nepal (2) dan seorang warga India. Rata-rata mereka ini bekerja di restoran dan kedai runcit,“ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata selain dikesan tinggal di negara ini tanpa pas dan permit sah, ada juga yang melakukan kesalahan kerana melanggar syarat pas.

Khairrul Aminus berkata kesemua pendatang tanpa izin berusia 20 hingga 40 tahun itu dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings