the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Persekutuan akan bermesyuarat untuk mempercepatkan pembentukan JS-SEZ

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan akan mengadakan mesyuarat bersama kerajaan negeri Johor bagi menyelaras beberapa dasar untuk memastikan pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat disegerakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar).

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perbincangan tersebut yang akan diadakan dalam masa terdekat akan dikendalikan oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi pihak Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan pusat akan menyelaras beberapa perkara bersama dengan kerajaan negeri Johor dan beberapa mesyuarat akan dimulakan dalam masa terdekat bagi menyelaras beberapa dasar di peringkat pusat dan negeri dan memastikan usaha untuk membentuk zon ekonomi khas ini dapat dipercepat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Bagaimanapun, Fahmi berkata mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan secara spesifik berkenaan lokasi yang akan ditentukan sebagai JS-SEZ.

“Tiada maklumat khusus yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Ia lebih kepada menetapkan dasar yang akan diatur dan diselaraskan oleh semua kementerian,” katanya.

Awal bulan ini, Malaysia dan Singapura menandatangani memorandum persefahaman (MoU) JS-SEZ dalam usaha mengukuhkan jalinan ekonomi antara kedua-dua negara.

Menerusi MoU itu, Malaysia dan Singapura akan berusaha untuk memudahkan urusan keluar masuk sempadan untuk kesenangan rakyat, sekali gus menambah baik ekosistem dan kerjasama ekonomi.

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk bekerja bersama dalam perjanjian JS-SEZ itu dan juga Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 yang akan diadakan kelak. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings