the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

27,344 ekor babi bernilai RM29.5 juta dilupuskan kerana ASF

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 27,344 ekor babi dilupuskan selepas dijangkiti demam babi Afrika (ASF) dengan kerugian bernilai RM29.5 juta.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVMPP) Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata kesemua babi berkenaan milik 20 pengusaha ladang babi di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“ASF mula dikesan di negeri ini sejak 3 Jan 2023 hingga 15 Mac 2023 dan sepanjang tempoh tersebut kami telah melupuskan sebanyak 27,344 ekor babi dijangkiti ASF dan semua 20 penternak haiwan tersebut telah menerima pampasan RM6.2 juta.

“Namun pemantauan dan penguatkuasaan oleh JPVNPP diteruskan dari semasa ke semasa di semua 160 ladang ternakan babi dan tempat penyembelihan di seluruh Pulau Pinang bagi memastikan tiada lagi wabak ASF di negeri ini.

“Selain itu, kami juga mengenakan syarat perlu memohon permit jika mahu melakukan pemindahan babi hidup dan semua babi hidup di dalam negeri ini tidak boleh dibawa keluar dari Pulau Pinang dan begitu juga babi dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke sini, “ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 13 Jan tahun lepas, Pulau Pinang mengisytiharkan wabak ASF sebagai bencana selepas terdapat kes positif ASF dilaporkan di lima ladang babi komersial menjadikan keseluruhan tujuh ladang ternak babi di negeri itu telah dijangkiti ASF.

Pemusnahan babi itu dilakukan menggunakan kaedah gas CO2 (Kepekatan Tinggi) yang mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan – Pengurusan Pembuangan Haiwan.

Mengulas lanjut, Dr. Saira Banu berkata setakat ini 99 peratus pengusaha ladang babi mematuhi Enakmen Penternakan Babi 2016 iaitu kandang mestilah tertutup dan mempunyai pengurusan sisa kumbahan ladang longkang yang sempurna mengikut biosekuriti.

Katanya, satu peratus lagi itu dalam usaha memastikan mematuhi enakmen tersebut terutama kandang tertutup kerana sebelum ini babi di ladang mereka dijangkiti ASF dan pengusahanya baru bermula semula untuk membela haiwan tersebut.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 265 aduan berkaitan penganiayaan dan kebajikan haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 diterima pihaknya membabitkan kebanyakkan kucing dan anjing sepanjang tahun lepas.

“Daripada jumlah tersebut lima kertas siasatan telah dibuka dan kesemua kes disiasat di bawah seksyen 29(1)(e) iaitu menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap mana-mana haiwan. Kes masih dalam siasatan,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings