the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas kerugian RM173,500 diperdaya phone scam

SEREMBAN: Seorang wanita berumur 66 tahun mengalami kerugian RM173,500 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata wanita berumur 66 tahun itu mendakwa pada mulanya dia menerima panggilan daripada seorang individu menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan meragukan, sebelum talian disambungkan kepada ‘polis’.

“Mangsa ditakutkan dengan rekod kesalahan pengubahan wang haram dan arahan waran tangkap sehingga dia mengikut segala arahan supaya memindahkan wang keseluruhan RM173,500 kepada beberapa akaun yang diberikan.

“Mangsa menyedari ditipu apabila suspek menyekatnya daripada menghubungi mereka selepas transaksi dilakukan, dan dia kemudian membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menyeru masyarakat untuk sentiasa peka dan cakna dengan trend sindiket penipuan yang semakin berleluasa. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings