the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tumpaskan aktiviti edar dadah guna sampul tertulis ‘Boarding Pass’

PETALING JAYA: Polis menumpaskan aktiviti memproses serbuk jus dadah dan mengedar dadah menggunakan sampul tertulis ‘Boarding Pass’ atau pas penerbangan susulan penahanan seorang lelaki di sebuah studio mewah di Sungei Way, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan pada 10.40 malam selepas polis menyerbu kediaman yang disewanya dengan kadar RM1,300 sebulan serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM406,309 dari premis itu.

Beliau berkata antara yang dirampas ialah lima peket plastik lut sinar mengandungi dadah disyaki pil ekstasi, dua peket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah jenis ketamin, 28 keping aluminium disyaki mengandungi pil Erimin 5, 304 peket plastik disyaki mengandungi serbuk ekstasi serta beberapa peralatan memproses jus dadah.

“Turut disita wang tunai RM320 dan satu unit Ipad Apple bernilai RM2,500,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, hari ini.

Shahrulnizam percaya penggunaan sampul tertulis ‘Boarding Pass’ untuk mengedar itu sebagai modus operandi lelaki berkenaan untuk mengelak aktivitinya dikesan oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata lelaki yang positif dadah dan aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak dua tahun lepas itu direman enam hari sehingga ke hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Sementara itu Shahrulnizam berkata seorang lagi suspek berumur 31 tahun yang turut menghuni kediaman tersebut dan disyaki terlibat dalam aktiviti itu masih diburu polis. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings