the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat lima kes samun, menyamar pegawai Imigresen

IPOH: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam lima kejadian samun dengan menyamar sebagai pegawai Imigresen di sekitar bandar raya Ipoh, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (gambar) berkata kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Ipoh dan Gerik oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan D9, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada kira-kira pukul 4.30 pagi.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa barang kes termasuk kenderaan yang digunakan oleh kedua-dua suspek.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek berusia 25 tahun mempunyai dua rekod jenayah dan empat rekod dadah manakala suspek berusia 26 tahun mempunyai dua rekod dadah. Saringan air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ‘methamphetamine’,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Mohd Yusri berkata polis percaya lima kes samun yang membabitkan kerugian kira-kira RM6,000 berjaya diselesaikan susulan penahanan dua suspek itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings