the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuepacs mahu keistimewaan penjawat awam terima rawatan di IJN, dikekalkan

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan untuk mengekalkan keistimewaan sedia ada yang diterima penjawat awam semasa berkhidmat atau selepas persaraan khususnya berkaitan penerimaan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Presidennya Datuk Dr Adnan Mat (gambar) berkata Cuepacs turut melahirkan rasa bimbang dengan situasi semasa yang berlaku terutama dalam hal melibatkan pesakit jantung dalam kalangan penjawat awam dan pesara.

“Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) telah memberi maklum balas bahawa kes tersebut melibatkan pesakit yang sudah stabil, Cuepacs berpandangan adalah lebih wajar kerajaan terus membenarkan pesakit sedia ada di IJN kekal mendapatkan rawatan terbaik di situ tanpa perlu mengeluarkan atau merujuk semula mereka ke hospital lain milik KKM.

KKM sendiri memaklumkan mereka telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN bertujuan untuk mengurangkan ‘kesesakan dan masa menunggu yang lama’ di Pusat Jantung milik KKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adnan berkata tindakan mengeluarkan pesakit sedia ada di IJN hanya akan menyebabkan kesesakan dan masa menunggu yang lama di Pusat Jantung KKM yang sememangnya sudah mempunyai pesakit sedia ada.

“Langkah tersebut juga mengakibatkan pesakit yang dikeluarkan daripada IJN terpaksa menunggu giliran lebih lama untuk dirawat memandangkan rekod semasa mereka di hospital lain masih baharu dan perlu memberi ruang kepada pesakit sedia ada.

Sekiranya perkara ini terus berlaku pada masa hadapan, Cuepacs bimbang kebajikan penjawat awam dan pesara akan diabaikan terutama dalam mendapatkan rawatan yang terbaik apabila mereka tidak sihat,” katanya.

Adnan berkata suatu mekanisme atau pendekatan lain boleh diambil kerajaan sekiranya kos perbelanjaan yang menjadi punca utama permasalahan ini berlaku.

“Langkah penjimatan tidak seharusnya dijadikan asas dalam soal pemotongan perbelanjaan berkaitan penjagaan kesihatan kerana ia adalah keutamaan kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam dan pesara.

“Pemotongan kos untuk langkah penjimatan harus disasarkan kepada program ad hoc lain yang tidak mempunyai keutamaan di semua peringkat kerajaan dan bukannya melibatkan perkara berkaitan keperluan asas rakyat,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings