the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM terima kunjungan Pengasas Bersama Grab, bincang potensi pelaburan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini menerima kunjungan hormat Pengasas Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc, Anthony Tan.

Anwar berkata semasa pertemuan tersebut, beliau telah dibentangkan mengenai potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia.

“Ini terkait dengan perniagaan seperti Grab dan Jaya Grocer.

“Selain itu, pengoperasian GX Bank (di Malaysia) dijangka melibatkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang,“ kata Anwar menerusi hantaran di laman sosial Facebook beliau, hari ini

GX Bank Bhd merupakan bank digital di Malaysia yang dibentuk menerusi usaha sama antara Grab Holdings Ltd dan Singapore Telecommunications Ltd (Singtel).

Selain itu, kata beliau, pertemuan tersebut turut membincangkan bagaimana Grab dapat berkembang dengan model perniagaan yang dapat membantu masyarakat dan perniagaan Malaysia meningkatkan peluang menjana pendapatan.

“Semoga kecekalan saudara Anthony akan menjadi pendorong kepada anak-anak Malaysia lain terutamanya yang berminat menceburi bidang keusahawan teknologi,“ kata Anwar.

Tan merupakan usahawan kelahiran Malaysia yang berjaya mengasaskan syarikat teknologi yang disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq, Amerika Syarikat.

Grab kini mempunyai modal pasaran sebanyak US$12.34 bilion (1US=RM4.75). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings