the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MAIWP anjur Program Khatan Perdana bantu 500 kanak-kanak kurang berkemampuan

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan sebanyak RM75,000 kepada Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM) untuk proses berkhatan bagi 500 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dalam Program Khatan Perdana MAIWP tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sumbangan berkenaan bertujuan membantu keluarga kurang berkemampuan kerana kos berkhatan di klinik ialah RM150 seorang.

“Nilai ini agak tinggi bagi keluarga yang tidak berkemampuan, jadi bertepatan dengan program yang diadakan pada hari ini, MAIWP membantu meringankan beban ibu bapa (untuk mengkhatankan anak mereka) yang merupakan tuntutan agama.

“Saya difahamkan sebanyak 100 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun berkhatan hari ini,” katanya ketika berucap pada Program Khatan Perdana MAIWP di sini hari ini.

Beliau berkata sumbangan itu meliputi bantuan peralatan dan bahan pakai buang sebanyak RM40,000 dengan pembiayaan seorang peserta khatan sebanyak RM80 dan bantuan saguhati kepada petugas perubatan berjumlah RM35,000 melibatkan 500 petugas perubatan.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd. Nizam Yahya.

MAIWP memaklumkan pihaknya menyasarkan kira-kira 5,000 kanak-kanak untuk menyertai program itu tahun depan, susulan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut mengadakan lawatan Program Ziarah Asnaf ke tiga rumah di Flat Taman Seri Sentosa bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara bantuan yang diberikan pada lawatan itu ialah bantuan kewangan bulanan (RM600), peralatan persekolahan (RM800), bantuan am persekolahan (RM1,700), keperluan asasi (RM300) dan perubatan am (RM303 hingga RM3,360).

“Dua keluarga yang saya lawati ialah mereka yang mempunyai anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU), jadi saya harapkan ziarah asnaf ini dapat memberi peluang kepada saya untuk mengenali keluarga ini bagi mengeratkan silaturahim dan bertanya khabar sekiranya ada bantuan lain yang diperlukan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings